Lebih ruang untuk setup chart
Vela Free boleh buka sehingga 16 chart dalam satu tab dan tambah indikator tanpa had bilangan tetap, tertakluk pada prestasi. TradingView Basic bagi satu chart dalam satu tab dan dua indikator setiap chart.

Kelas Live
Setup chart dan pantau breakout guna akaun free.
TradingView free dah tak cukup untuk setup anda? Dalam kelas live ni, saya akan tunjuk cara guna Vela by LuxAlgo untuk kaji chart, susun watchlist, pasang price alert dan cuba Quant AI.

Sebelum daftar
Vela Free vs TradingView Basic
Kalau anda selalu kena pilih indikator mana nak buang atau cepat habis slot alert, ini antara perkara yang boleh anda buat dengan akaun Vela percuma.
Vela Free boleh buka sehingga 16 chart dalam satu tab dan tambah indikator tanpa had bilangan tetap, tertakluk pada prestasi. TradingView Basic bagi satu chart dalam satu tab dan dua indikator setiap chart.
Vela Free bagi price alert tanpa had dan sehingga lima custom alert aktif untuk syarat indikator atau strategi. Custom alert pada pelan percuma dicetuskan bila candle tutup. TradingView Basic bagi tiga price alert aktif.
Buat seberapa banyak watchlist yang anda perlukan di Vela Free, dengan maksimum 10 simbol setiap senarai. Contohnya, asingkan saham calon breakout daripada saham yang tengah tunggu pullback. TradingView Basic bagi satu watchlist dengan sehingga 30 simbol.
Quant boleh baca chart, lukis paras harga, bina indikator atau strategi dan uji idea pada data sejarah. Akaun Vela Free disertakan kuota penggunaan Quant.
LuxAlgo MCP boleh disambungkan kepada aplikasi AI yang serasi. Akses kepada kandungan awam adalah percuma dan tidak perlukan akaun atau API key LuxAlgo. Ini fungsi berasingan daripada Quant AI yang terbina dalam Vela.
Guna Replay untuk ulang pergerakan candle dari titik yang anda pilih. Dengan Paper Trading, anda boleh cuba entry, stop loss dan take profit menggunakan akaun simulasi bermula dengan USD100,000.
Vela boleh digunakan melalui browser, aplikasi desktop untuk Windows, macOS dan Linux, serta aplikasi iPhone dan Android.
Vela menyokong saham dan ETF AS, kripto, forex dan komoditi. TradingView menawarkan liputan bursa global yang lebih luas. Untuk saham Bursa Malaysia, kelas ini akan tunjuk dua tools percuma lain untuk buka chart.
Rujuk perbandingan rasmi LuxAlgoIsi kelas
Percuma untuk yang daftar
Saya akan buka OpenMarket secara live dan bandingkan dengan Vela supaya anda boleh tengok bila sesuai guna setiap satu.
Contoh prompt yang anda boleh terus salin, ubah ikut setup sendiri dan cuba selepas kelas.
Saya akan buat demo guna akaun percuma. Anda boleh ikut dan cuba sendiri tanpa langgan pelan berbayar.
Pendaftaran tutup sebelum kelas bermula.
29 Nov · 9.00 malamZoom · RM49
Daftar Kelas